Lawatan ke Pejabat Timb. Menteri MOSTI

Lawatan ke Pejabat Timb. Menteri MOSTI

Khamis, 4 –Seramai 4 orang wakil Malaysian Technical Scientists Association (MALTESAS), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai oleh Dr Azlishah Othman telah mengadakan satu kunjungan rasmi ke Pejabat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Putrajaya. Turut sama dalam kunjungan ini adalah Dr Ahmad Naim Che Pee, Dr Hamzah Asyrani Sulaiman dan Encik Mohd Fairuz Iskandar Othman.

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk bertemu dengan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Y.A.B. Datuk Dr Abu Bakar Bin Mohamad Diah bagi mengesahkan perlantikan beliau sebagai Penaung MALTESAS serta membincangkan perancangan strategi serta halatuju MALTESAS, terutamanya dalam mengembangkan sayapnya ke peringkat antarabangsa; sebagai contoh, satu persidangan peringkat antarabangsa akan dianjurkan oleh pihak MALTESAS dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Hradec Kralove University, Republik Czech. Ianya dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 22 September tahun ini di University Hradec Kralove, Republik Czech. Pihak MALTESAS telah berbesar hati menjemput Y.A.B. Datuk Dr Abu Bakar Bin Mohamad Diah selaku Penaung MALTESAS untuk hadir bagi merasmikan dan memberikan ucaptama persidangan.

Di dalam kunjungan tersebut juga, Dr. Mohd Azlishah Othman selaku Pengerusi MALTESAS telah mengumumkan bahawa keanggotan MALTESAS kini dibuka untuk semua ahli akademik dan professional di Malaysia. Menurutnya lagi, sebagai salah sebuah organisasi NGO di Malaysia, MALTESAS memainkan peranan penting dalam bersama-sama membantu golongan akademik dan professional di Malaysia untuk terus maju dan berdaya saing seiring dengan golongan akademik dan professional di negara maju melalui penganjuran pelbagai aktiviti bercorak akademik dan professional.

Di akhir kunjungan tersebut, Dr Mohd Azlishah Othman selaku Pengerusi MALTESAS telah menyampaikan cenderahati kepada Y.A.B. Datuk Dr Abu Bakar Bin Mohamad Diah selaku Penaung MALTESAS. Adalah diharapkan semoga kerjasama yang erat akan dapat terus dipupuk serta dipertingkatkan lagi antara MALTESAS dan pihak MOSTI demi kebaikan bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s