MALTESAS Partnership with PMM and Skaievent Technovation

(Dimasukkan kedalam akhbar pada 26 Januari 2016 Melaka Hari Ini)

SKAIEVENT, MALTESAS, PMM – KETENGAH ILMU PEMBANGUNAN APLIKASI ANDROID

MERLIMAU, 17 Januari 2016 – Malaysia Technical Scientist Association (MALTESAS) dengan kerjasama Politeknik Merlimau serta ditaja Skaievent Technovation Sdn. Bhd. telah menganjurkan sebuah kursus berkaitan pembangunan Android di Unit Latihan & Pendidikan (ULPL) di Politeknik Merlimau, Melaka. Sebuah pertemuan telah dibuat di antara Pengarah Politeknik Merlimau, PPjKR (Bersekutu) Zolkarnain Bin Hj Jobshi bersama ahli MALTESAS yang diwakili oleh Dr. Hamzah Asyrani bin Sulaiman, Dr. Mohd Azlishah bin Othman, Dr. Mohd Fairuz Iskandar bin Othman, Dr Ahmad Naim bin Che Pee, dan Prof. Madya Dr. Mohammad Zoinol Abidin bin Abd. Aziz. Kursus yang diberi nama “Android App Development dengan Appcelerator Studio” telah dijalankan selama dua hari iaitu bermula dari 16 Januari sehingga 17 Januari 2016 dan melibatkan seramai 35 orang peserta.

Modul ini memberi penekanan tentang pembangunan applikasi Android yang sedang menjadi sistem pengendalian utama bagi setiap individu terutama bagi aplikasi dalam telefon mudah alih. Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular, computer tablet dan notebook yang melibatkan komuniti besar dalam pembangunan dan penulisan aplikasi ini.Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikannya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mudah alih.

Sesi ceramah disampaikan oleh Encik Khairul Asyrani bin Sulaiman, seorang Pegawai Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak. Beliau telah menceburi bidang teknologi dan maklumat ini selama lebih kurang 15 tahun dan telah memperkenalkan beberapa applikasi dalam Apple Store dan Google Play Store sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ini. Hasil pengalaman beliau telah dikongsikan bersama para peserta yang terdiri daripada golongan pelajar, pensyarah dan jurutera dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Antara skop utama yang ditekankan melalui kursus ini adalah langkah-langkah utama dalam membina sesebuah aplikasi Android. Antaranya adalah pengaturcaraan, penggunaan elemen-elemen dalam perisian Appcelerator Studio, dan interaksi antara aplikasi mudah alih.

Beliau menekankan supaya para pelajar dan para akademik kini haruslah menggunakan peluang sebaiknya untuk belajar memahami setiap aplikasi yang digunakan seharian. “Pada masa kini, kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam memilih perincian yang terbaik selaras dengan keperluan harian kita”, ujarnya dalam sesi ceramah tersebut. Justeru, sesi perkongsian seperti ini adalah wajar bagi memberi penekanan terutama kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam pembangunan sistem teknologi dan komunikasi, bukan sekadar untuk memperoleh ilmu semata-mata bahkan sebagai persediaan kerjaya yang lebih mantap.

Melalui kursus ini, para peserta dilihat lebih memahami tentang pembangunan aplikasi Android dan mampu membangunkan aplikasi mudah alih masing-masing. Mereka juga diberi peluang untuk menghasilkan sebuah aplikasi mereka sendiri berpandu kepada langkah-langkah yang diterangkan. Pihak penganjur mengharapkan agar kursus-kursus seumpama ini dapat meningkatkan minat dan kefahaman para peserta dalam bidang teknologi maklumat di samping dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh pada masa akan datang. Semoga golongan muda zaman kini mampu menghasilkan sesuatu yang unik dan berguna untuk tujuan pembangunan dan penyelidikan dalam bidang teknologi maklumat seterusnya meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia.

new1

Pengarah Politeknik Merlimau, PPjKR (Bersekutu) Zolkarnain Bin Hj Jobshi (tiga dari kanan) bersama wakil MALTESAS ketika perbincangan berkenaan modul kursus di Politeknik Merlimau.

 

new2

MALTESAS dan SKAIEVENT Technovation Sdn. Bhd. aktif menganjurkan latihan-latihan kejuruteraan yang dapat menambah nilai potensi dalam diri mahasiswa.

new3

Penyampaian sijil penghargaan dari wakil MALTESAS, Dr. Hamzah kepada penceramah, Encik Khairul Asyrani bin Sulaiman (kiri)

2016-01-29 16.35.54

Masuk dalam akhbar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s